6 Ciri Utama BurgieLaw Mendominasi Pasaran Guaman

BurgieLaw: Cari Peguam & Pekhidmatan Guaman

Cari Peguam & Pekhidmatan Guaman

Di BurgieLaw, kami mencipta pasaran guaman bagi memudahkan orang awam untuk membuat carian mengenai peguam dan perkhidmatan guaman yang disediakan dengan lebih mudah dan senang. Segala informasi hanya di hujung jari anda.

Berikut adalah 6 ciri utama BurgieLaw mendominasi pasaran guaman.

1. Layari atau guna carian untuk melihat senarai peguam dan kepakaran mereka.

BurgieLaw - carian peguam
Pilih peguam yang anda mahukan dan lihat profil mereka. Anda boleh menilai dan membuat pilihan berdasarkan kepakaran mereka dan lokasi yang diingini atau lokasi semasa.

2. Keliru dengan kepakaran peguam?

BurgieLaw - bidang undang-undang
Kami di BurgieLaw memudahkan pemahaman anda sebagai orang awam di mana kami menyediakan satu glosari khas berkenaan bidang undang-undang. Sekiranya anda mengalami kesulitan untuk memahami isu anda, anda boleh layari ke halaman BurgieLaw dan klik pada glosari.

3. Profil peguam

BurgieLaw - profil peguam
Setiap peguam yang berdaftar dengan BurgieLaw mempunyai profil mereka tersendiri.Profil mereka mempunyai maklumat seperti kelayakan,kepakaran mereka, bahasa percakapan dan sebagainya. Ini akan membantu anda untuk mendapatkan peguam yang terbaik.

4. Risau dengan kos guaman?

BurgieLaw - permohonan sebut harga (RFQ)
Kami menyediakan 1 slot selama 15 minit bersama peguam pilihan anda hanya untuk RM100 sahaja. Sekiranya anda mahu mengambil mereka untuk mewakili anda, kami menggalakkan anda untuk berbincang mengenai bayaran perkhidmatan mereka.

Sekiranya anda masih risau mengenai kos guaman, anda boleh menghantar permohonan sebut harga mengenai kes anda kepada peguam melalui laman kami.

5. Temujanji berdasarkan masa lapang anda

BurgieLaw - modul kalendar
Modul kalendar yang anda dapati di sebelah kanan laman kami merupakan masa lapang peguam tersebut. Anda tidak lagi perlu membuang masa atau tenaga untuk membuat panggilan kepada peguam untuk berbincang mengenai slot masa lapang mereka.

Sekiranya anda berpuas hati dengan slot waktu berikut, anda diminta untuk mengisi maklumat-maklumat anda dan memberi sedikit penerangan berkenaan isu-isu anda.

6. Perkhidmatan Pelanggan kami adalah terbaik

BurgieLaw - Perkhidmatan Pelanggan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, applikasi Live Chat kami membolehkan anda untuk berhubung dengan pegawai perkhidmatan pelanggan kami untuk sebarang bantuan dalam kadar segera. Namun begitu, anda juga boleh meninggalkan sebarang maklum balas melalui e-mel di [email protected]

 

Read this post in English
BurgieLaw Logo
Author
Instantly download legal template agreements through our online store.
Disclaimer: The content provided on this website does not constitute legal advice but are for general informational purposes only. It may not be the most up-to-date legal information after the published date. To seek professional legal advice, please check with your lawyer.